Cart 0

(Used) BUKU Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah (Haji Said Haji Ibrahim Bekas Mufti Negeri Sabah) 2000

RM 20.00


Kitab ini menghuraikan masalah-masalah yang berkaitan dengan aqidah, iaitu keistimewaan aqidah,kepentingan aqidah, aqidah-aqidah yang sahih dan ciri-cirinya, aqidah-aqidah yang batil dan ciri-cirinya, masalah-masalah uluhiyah rububiyah, dan masalah-masalah keimanan, yang merosakkan iman dan yang menyebabkan kekufuran dan lain-lainnya.


Kitab in disusun dengan keterangan dan huraian dari dalil-dalil al-quran dan al-Hadith dan juga disertakan perbincangan dan kesimpulan untuk memudahkan para pembaca dan pengguna kitab ini memahami intisari isi kandungannya secara berkesan.


Kitab ini memberi kefahaman yang menyeluruh mengenai masalah-masalah aqidah untuk menangani agidah-agidah yang bercanggah dengan "Agidah Ahli Sunnah Waljama'ah" Misalnya aqidah Mu tazilah, Jabariah, Qadariah dan lain-lain.


    Oleh itu, kitab ini adalah sangat sesuai dibaca dan dipelajari di kelas-kelas pengajian ta'mir masjid dan surau untuk dijadikan kitab bacaan dan pelajaran dalam ilmu tauhid dan agidah. Kitab ini juga sangat memberi faedah dan manfaat kepada orang-orang mu'min seluruhnya, khususnya kepada para pengajar dan pelajar dalam mempelajari ilmu taubid dan aqidah.


- Disusun dengan Huraian Al Quran Dan Hadis

- Bahasa Yang Mudah Difahami

- Karangan Haji Said Haji Ibrahim (Bekas Mufti Negeri Sabah)

- 353 Halaman Muka surat