Cart 0

(Used) INTEAM Kembara Sedekad CD

RM 20.00


Artist :  INTEAM Kumpulan In-Team (juga dikenali sebagai Inteam) merupakan sebuah kumpulan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Kumpulan In-Team telah muncul dalam industri nasyid tanah air dengan lagu hits mereka iaitu "Kasih Kekasih" sekitar tahun 2000 di bawah pengurusan Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB). Kumpulan ini juga seangkatan dengan kumpulan UNIC, Aeman dan Mestica yang juga bernaung di bawah label yang sama. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada bulan Januari 1998 ketika anggota asalnya mula menuntut di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pada waktu itu, mereka telah menganggotai kumpulan Husaini dan sering mengadakan persembahan nasyid di universiti. Bermula dari situlah, mereka telah dilamar oleh kumpulan Hijjaz untuk menjadi artis naungan Hijjaz Music Entertainment.