Cart 0

(Used) BUKU 4 Qul Dalam Budaya Melayu (Syed Shahriman Syed Ali) 2023

RM 28.00


Dimensions    21.5 × 14 × 0.9 cm

Author(s)    

Syed Shahriman Syed Ali


Format    

Paperback


Language    

Malay


Publisher    

Dewan Bahasa dan Pustaka


Year Published    

2023

4 Qul dalam Budaya Melayu membincangkan pengertian dan penggunaan surah, latar belakang surah, inti sari dan pengajaran surah, tip dan amalan harian setiap Surah 4 Qul, dengan menekankan penggunaannya Surah 4 Qul dalam amalan tradisi Melayu. Kemudian, diperincikan pentafsiran setiap surah. Surah al-Kafirun memberikan tumpuan pada asas akidah, ibadat dan ikhlas, yang membawa kepada perbincangan fahaman pluralisme agama. Sementara pentafsiran Surah al-Ikhlas memberikan penekanan ketauhidan kepada Allah SWT dengan menjawab konsep ketuhanan yang difahami oleh penganut Kristian. Surah al-Falaq pula menekankan persoalan sihir dan khurafat. Seterusnya, tafsiran Surah al-Nas memuatkan perbincangan penyakit was-was dan rawatan alternatif berdasarkan ajaran Islam. Penulis memberikan motivasi agar mengamalkan Surah 4 Qul dalam kehidupan seorang Muslim dengan cara yang betul, serta berwaspada dengan perubatan yang menyeleweng dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran. Penulisan ini menjawab persoalan yang berlaku dalam masyarakat dengan menggunakan pendekatan al-Quran dan sunnah, serta pendapat ulama klasik dan ulama semasa.

Gelaran Surah 4 Qul jika tidak dipugar dan dibiasakan merakyat dalam masyarakat hari ini, tidak mustahil akan menjadi asing, seterusnya luput daripada sebutan lidah bangsa Melayu Islam. Meskipun dari sudut amalan dan fadilatnya Surah 4 Qul akan terus diamalkan, namun pengamalan dan penerimaan Surah 4 Qul dalam tradisi Alam Melayu yang begitu unik ini tidak ramai yang menyedari dan mengetahuinya secara pasti. Keempat-empat surah yang dimulai frasa katanya dengan “Qul”, jelas sekali mempunyai kaitan langsung dan sangat dekat di hati setiap Muslim. Surah-surah lazim yang terhimpun dalam lembaran mashaf al-Quran ini begitu berpengaruh membentuk keperibadian seorang yang bergelar Muslim yang sejati. Ditambah pula dalam pandangan alam dan akal budi orang Melayu, mereka telah sebati membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian sejak boleh mengenal antara malam dengan siang.