Dapatkan webstore credit sebanyak 5% untuk setiap pembelian!
Cart 0
AS SAHAR Eastern Black Cult 2CD.jpg

AS SAHAR Eastern Black Cult 2CD

RM 50.00


AS SAHAR
Eastern Black Cult 2CD (2019)
Blackwinds Production

Terpapar dalam gambar ini adalah 3 format rilisan bernama 'Eastern Black Cult' karya terbaru As Sahar. 3 format tersebut merupakan duluxe digibook, jewelcase 2CD dan juga kaset. Bakal beredar kepada umum bermula 27 April 2019 ini. Digibook? Ya, rasanya ini the 1st in Malaysia, untuk arena extreme metal tempatan

Eastern Black Cult CD01 dirakam di 3 Quarter Studio milik gitaris As Sahar, S.Azazhil. Berkat rakaman yang dibuat begitu teliti dan tiada terburu buru, menjadikan rilisan ini menang dari segi rakaman. Rakaman ini mengandungi lagu lagu klasik As Sahar yang dimasukkan elemen mistikal tanpa menyentuh sound asal lagu tersebut. Ulang siaran? Tidak juga, ini sepenuhnya rakaman baru dengan line up semasa

Manakala CD02 bagi Eastern Black Cult adalah rakaman live semasa showcase Hellchestra baru baru ini. For some reason, Hellchestra ini menyentuh hati saya kerana faham betapa impian M.Hanael ini untuk perform di pentas bersama orchestra sebenarnya telah lama dan ianya bukan mudah kerana menuntut komitmen banyak pihak dan juga pelaburan ribuan ringgit. Atas inisiatif mahu kasi-jadi-juga show ini, maka Hellchestra telah dipentaskan dan berjaya juga dirakam secara audio. Bagi sesiapa yang tak sempat hadir, bolehlah rembat CD ini nanti. Hasil rakaman live ini juga sangat baik, namun janganlah expect ia selevel Dimmu Borgir atau Satyricon. Campak duit la, kita bikin yang proper punya 😁😁

Jika diperhatikan, untuk rilisan kali ini As Sahar telah menggunakan band font baru yang improvised dimana beberapa unsur haiwan sakti (?) digunakan bagi menggambarkan direction semasa band yang lebih menyeramkan